history_banner

Ketika zaman 90-an, industri kecantikan di Malaysia dilihat pada tahap kurang ketara, kebanyakan salon kecantikan dijalankan secara kecil-kecilan yang hanya tertumpu kepada pelanggan-pelanggan tertentu sahaja. Pada tahun 1994, pasangan suami ister, Encik Low dan Puan Low memulakan perniagaan salon kecantikan pertama mereka di tingkat dua, sebuah rumah kedai di Kuala Lumpur. Ia merupakan salon kecantikan bersize kecil berkeluasan 200 kaki persegi, namun ia menjadi titik permulaan pasangan suami isteri itu untuk berkembang perniagaan mereka dalam industri kecantikan. Mereka bekerja keras dan melayan setiap daripada mereka yang datang berkunjung ke salon mereka sama ada pelanggan, rakan sekerja, rakan-rakan ataupun pembekal dengan keikhlasan dan penuh kehormatan. Dalam masa setahun sahaja, perniagaan mereka berkembang maju dan salon kecantikkan mereka diperluaskan.

Pada tahun 1997, selain menguruskan salon kecantikan mereka, pasangan suami isteri itu turut memulakan beberapa jenama produk kecantikan. Mereka menjelajah di seluruh negara untuk menggalakkan pusat-pusat kecantikan menyertai mereka di bawah naungan syarikat mereka. Selepas tiga tahun mendapat sokongan daripada pelbagai pemain-pemain industry, jenama ‘Herbaline’ dirasmikan pada tahun 2000.

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri kecantikan, pasangan suami isteri Low itu terdetik untuk menubuhkan satu jenama kecantikan kukuh, mereka perlu mengatasi cabaran mengendalikan beberapa salon kecantikan pada masa yang sama. Ia meliputi memberi latihan dan memupuk sikap serta cara pemikiran yang sesuai dalam perniagaan, selain mengetuai pihak-pihak berkepentingan di bawah naungan mereka ke arah kejayaan. Dengan ketekadan mereka sejak dari mula lagi, Herbaline telah menubuhkan sebanyak 28 cawangan dan lebih daripada 27 cawangan francais di seluruh Malaysia dan Brunei.

Pada tahun 2005, banyak jenama kecantikan mula untuk mengembangkan cawangan-cawangan mereka. Pasangan Low itu sering ke luar negara, untuk memerhati dan mempelajari tentang industry kecantikan di negara-negara luar. Pada tahun 2006, cabaran pasaran menggerakkan pasangan itu untuk penyusunan semula, yang bertujuan untuk menggerakkan syarikat mereka ke arah lebih bergaya, konsep spa moden. Keputusan itu merupakan yang terbaik kerana ketika itu jenama itu sedang naik dan oleh itu, perjalanan menuju ke arah antara pemain industri kukuh telah menjadi kenyataan.

“Jalankanlah perniagaan kamu dengan keikhlasan dan usaha anda sebaik yang mungkin, sementara untuk tidak mengharapkan sebarang balasan,” Kata-kata ini telah menjadi semangat dan motto peribadi pasangan Low untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi memastikan perniagaan mereka bertambah maju sejak sedekad lalu.